Sunday, March 31, 2013

CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN





Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.
 

Saturday, March 30, 2013

Peringatan Besar buat Kaum Wanita


Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isterik...u, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
..."Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah;
"Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat.
Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya;
"Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
"Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa".
Berkata Sayyidina Ali RA.;
"Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"
Maka sabda Rasulullah SAW.;
Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA;
Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Saturday, March 23, 2013

Pada Yg Terkena SIHIR



Cara Untuk Tangani Sihir..
1- Ambil Air Putih & Letakkan Di Gelas Jernih
2- Selawat 11x
3- Bismillah 3x
4- Al - Fatihah 3x
5- 3 Qul 3x
6- Ayatul Qursi ( Ayat Terakhir diulang 11x )
7- Azan Di Air Tersebut
8- Selawat 11x

Wednesday, March 20, 2013

Petua Untuk Berdoa Yang Makbul

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya atau dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-Tanda Doa Yang Makbul:

a. Terasa sesuatu yang menakutkan.

b. Menangis tatkala berdoa.

c. Terasa menggeletar.

Cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa dia berdoa"

2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik dan menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim dan jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-Fatihah dan sebagainya).


Oleh Ustaz Don Daniyal

RAHSIA & KHASIAT BADAM

(For those yg nak kuruskan badan, mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi, serangan jantung, cegah osteoporosis, kurangkan risiko kanser serviks, meredakan diabetes, cepatkan tahap intelektual, membantu menghalang batu karang, mengurangkan risiko berbagai penyakit dan baik untuk kesihatan kulit.... Baca yer...)

Kalau semua nak tau, dengan memakan segengam badam, dapat membantu kita merasa kenyang sepanjang hari. Orang yang memakan badam ni sekurang-kurangnya dua kali seminggu, potensi untuk maintain berat badan adalah sangat tinggi berbanding ngan orang yang tak makan badam langsung...

Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Sebenarnya kita tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LÐL di dalam badan anda. Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?

Badam secara botaninya adalah buah berbiji yang berkait dengan ceri, plum dan pic. Ðikenali juga dengan nama saintifiknya, prunus dulcis, badam merupakan bahan berharga dalam roti-roti yang dihidangkan kepada firaun Mesir. Asal-usulnya tidak diketahui tetapi badam dikatakan berasal dari China, Asia Tengah dan Asia Barat Ðaya.

Penjelajah dikatakan memakan badam ketika mereka mengembara di Laluan Sutera antara Asia dan Mediterranean. Tidak lama kemudian, pokok-pokok badam mula muncul dan hidup subur di Mediterranean, terutamanya di Sepanyol dan Italy.

Sepanjang sejarah, badam memiliki signifikan dalam agama, etnik dan sosial. Orang Roman menghadiahkan pasangan pengantin baru dengan badam sebagai tuah untuk kesuburan. Pada masa sekarang, orang Amerika dikatakan memberi satu beg badam bergula sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir majlis perkahwinan. Ia melambangkan anak, kegembiraan, romantik, kesihatan baik dan nasib baik.

Badam adalah pokok kecil yang tergolong kepada subkeluarga prunoideae dari keluarga rosaceae, badam juga buah-buahan dari pokok ini. Tumbuhan ini dikelaskan dengan peach dalam subgenus amygdalus dalam prunus, dibezakan dari subgenera lain oleh biji kulit beralun. Isi manis luar yang meliputi dari ahli lain prunus, seperti plum dan ceri, digantikan oleh yang lazimnya dipanggil kacang dalam istilah masakan. Bagaimanapun, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dari segi botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu.

Pokok badam bersaiz kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Ðaunnya meruncing berukuran kira-kira 6 hingga 12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, berdiameter 3 hingga 5 cm dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun pada musim bunga.

Badam amat popular sebagai salah satu daripada ‘kacang’ paling serba guna di dunia. Ia banyak digunakan dalam pembuatan kuih biskut raya, kek, roti dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan snek berkhasiat walaupun dimakan begitu sahaja. Penyelidik mendapati bahawa badam bukan sahaja memilliki rasa yang sedap tetapi juga amat baik untuk kesihatan.

Cegah osteoporosis

Badam dikatakan amat rendah dalam lemak tepu dan mengandungi zat-zat seperti kalsium dan magnesium yang amat baik untuk pembentukan tulang yang kuat. Ðikatakan kira-kira satu auns atau 20 hingga 25 biji badam mengandungi kalsium sama banyak dengan ½ cawan susu. Zat ini amat penting dalam mencegah osteoporosis. Kalsium yang ditemui dalam badam juga boleh merendahkan risiko kanser kolon dan tektum. Serat yang terdapat dalam badam juga dikatakan mampu membantu melindungi diri daripada kanser kolon.

Ia juga turut mengandungi vitamin E dan sebatian yang dikenali sebagai fitokimia yang dikatakan mampu membantu melindungi terhadap penyakit kardiovaskular, malahan kanser. Selain tidak ada kolesterol, anda juga boleh mendapat kira-kira 35% vitamin E dalam bentuk alpha-tocopherol, serta antioksidan yang memiliki kuantiti penentang kanser yang banyak. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian vitamin E dan Manganese. Badam juga mengandungi protein, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi serta antioksida lain yang tinggi.

Ði bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.

Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung

Satu kajian yang telah dilakukan di A Loma Linda School of Public Health menujukkan mereka yang memakan kacang lima kali sehari memiliki pengurangan risiko mendapat serangan jantung sebanyak 50%.

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LÐL(kolesterol jahat)/HÐL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit, dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Kurangkan risiko kanser serviks

Ðalam satu kajian klinikal yang dilakukan oleh Ðr Gene Spiller, menunjukkan bahawa badam yang ditambah dalam pemakanan mempunyai kesan selamat terhadap tahap kolesterol darah dan tidak ada kumpulan kajian itu mengalami penambahan berat badan dalam kajian tersebut.

Ada antara kekacang mengandungi rhizveritol, agen antiperadangan yang mampu merendahkan penyakit jantung. Lemak dalam kacang adalah lemak tidak tepu atau lemak baik dan tidak ada kolesterol dalam lemak-lemak ini.

Ðikatakan juga satu auns badam mengandungi kira-kira 12% protein yang diperlukan setiap hari. Bagi wanita mengandung, dikatakan badam adalah sumber terbaik asid folik yang amat diperlukan mereka. Asid folik dalam badam juga dikatakan mampu membantu mengurangkan risiko kanser serviks.

Badam menghalang obesiti

Ðalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks. Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.

Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Cepatkan tahap intelektual

Asid lemak tak tepu mono yang terdapat dalam badam mampu membantu mengurangkan selera dan mencegah makan berlebihan. Kajian klinikal menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan badam dan rendah dalam kalori amat baik untuk mereka yang obes atau mahu menurunkan berat badan. Ia bukan sahaja akan menyekat selera, tetapi badam juga akan memberi tenaga sekaligus membolehkan anda untuk bersenam dan lebih aktif.

Badam juga adalah sumber kebanyakan zat yang mampu membantu dalam pembentukan otak. Badam dikatakan mempercepatkan tahap intelektual tinggi dan amat dicadangkan sebagai makanan perlu untuk kanak-kanak sedang membesar. Ramai ibu memberi badam yang telah direndam dalam air kepada anak-anak mereka setiap pagi setiap hari.

Meredakan diabetes

Ðalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan. Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Membantu menghalang batu karang

Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Membantu menghalang osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat membantu menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis. Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Mengurangkan risiko berbagai penyakit

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Ðalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ‘statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ‘statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan arteri.

Baik untuk kesihatan kulit

Selain dimakan, badam yang telah diekstrak minyaknya, dikatakan amat baik untuk kesihatan kulit. Ðikatakan juga minyak badam yang digosok pada kulit mampu memperbaiki kecerahan kulit, menambah wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap.

Walaupun badam memiliki pelbagai khasiat dan zat, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

So tunggu apa lagi... Jom beli badam sekarang! Letak kat meja, pastu bila rasa nak kunyah-kunyah, makan la badam.

Tuesday, March 12, 2013

STORY BEHIND YOUR DATE OF BIRTH

If U were born on the 1st, 10th, 19th, 28th of any month U r number 1....

If U were born on the 2nd, 11th, 20th, 29th of any month then U r number 2...

If U were born on the 3rd, 12th, 21st, 30th of any month then U r number 3...

If U were born on the 4th, 13th, 22nd, 31st of any month then U r number 4...

If U were born on the 5th, 14th, 23rd of any month then U r number 5...

If U were born on the 6th, 15th, 24th of any month then U r number 6...

If U were born on the 7th, 16th, 25th of any month then U r number 7...

If U were born on the 8th,17th,26th of any month then U r number 8...

If U were born on the 9th,18th,27th of any month then U r number 9...



Number 1

You are smart, straight talking, funny, stubborn, hardworking, honest,Jealous on competing basis, kind hearted, angry, friendly, authorities,Famous

person...always want to be and regarded as first on people position, they are often like to be independent, will never be under others, self confident

people!
You are most likely to fall in love in the younger age, but will get marry when you mature! You are likely to have problems with people who have opposite

views
And you are most likely to take revenge over your enemies in a long time basis. You are a spender, but you will have a good profession in the future.

If you are guy you will be very popular that everybody will have mental attraction and respect at you. You can go anywhere from the local shop to the

heart of the parliament because you are positive and well talented in numerous issues!! But in your life you will always have some people who will work

hard to bring you & your name down. This is undercover!! Coz of your smart behavior you will be hated by some people too...

Your family life is very cool, you will have a very nice partner & wonderful children... You are pioneer, independent & original...

Your best match is 4,6,8 good match is 3,5,7 !!!



Number 2

No matter what, you will be loved by every one coz your ruler is the moon and every one loves the Moon. Well.. You are a person who day dream a lot,

you have very low-self confidence, you need back up for every move in your life, you are very much unpredictable. Means you do change according to

time and circumstances, kind a selfish, have a very strong sense of musical, artistic talent, verbal communication.

Your attitudes are like the Moon, comes to gloom and fade away so everybody can expect changes in you. You can be a next Mahatma Gandhi who does

peace love or you can be a Hitler who wants to destroy the man kind and peace (I mean in the community and your own home).

If you really have a deep thought about your own believe in God you can feel the difference which will make you stronger! Most of the time your words

are a kind of would be happening true! So without any knowledge you can predict the situation. You will become poets, writers, any Artistic business

people!

You are not strong in love, so you will be there and here till you get marry.. If U r a girl you will be a responsible woman in the whole family. If U r

a man you will involve in fights & arguments in the family or Vice-versa. Means you will sacrifice your life for the goodness sake of

Your family...You are gentle , intuitive with a broad vision, a power behind the scenes, well balanced People!!!

Your best match is 2 ,5 ,9 no other people can put up with you !!!



Number 3

You are a person of hard hearted, selfish most of the times, religious, loves to climb up in your life. You always tend to have lots of problems within

your family in the early stages but you will put up with everything.. You have the strong word power, pretty happy face.. So wherever you go always

you have got what you wanted!!! And from the birth always wanted to work hard in order to achieve something.. You will not get anything without hard

work! When you reach a man/ woman age you want other younger once to listen to you because you want younger people to respect people older than

them. You do set so many examples to others.

Generally you are not a cool person. It's not easy thing dealing with you. A tough player you are! But once you like someone's attitude then here you

go, what can I say? It will be a lasting friendship. You always have respect from others.

Your life seems to have lots of worries and problems but sure they won't be long.. you will always have brilliant kids!!! You love the money a bit too

much so temptation will push you to endless trying and trying.. If you are a guy then it's over. Looking after your family and help friends, so you will

spend a life time just being generous and kind (except 21st born men). And number 3s you will
be such an example of how to be in the culture & life!!! If you are girl then you have good character and culture & hardworking attitude. You always

follow.

You are a freedom lover, creative, ambition

focused, a person who brings beauty , hope & joy to this world!!!

Your best match 6 ,9. Good match 1 ,3 ,5 !!!



Number 4

You are very stubborn too, very hard working but unlucky in important matters in life, very cool, helpful, you have rough word power.. Might put lots

of people away from you, you may cause nuisance to others if you are a man, and you often understands others and their problems well. If you are a

girl you are very good with studies and arts. If you are a guy you spend most of the time after girl friends (almost) at times, you will have sort of too

much fun life with mates & girls. Your friends will spend your time & money and get away with their life and you will become empty handed and don't

know what to do... So be careful!! You love to spend anyway!!!

Your good will is you are always there to help family and friends. Tell you what you people are little gem! s, specially the girls.. You always fall in love

in younger age as well. You often live with disappointments, for an example you have got a degree in some thing... but you will be unemployed.. or will

do very ordinary jobs.

But you will take care of your family very well...All you need to be careful of people who will take advantage of your kind heart. And beware of your

relations too..

You are radical, patient, persistent,a bit old-fashioned, you live with foundation & order...

Your best Match 1, 8. Good match 5 ,6 , 7 !!!



Number 5

You are very popular within the community, you can get things done by just chatting..to even enemies! You have a pretty good business mind, you are

often have no-idea what is today is like, or tomorrow is like, you are a person who does anything when your head thinks "lets do this". You will be

famous if you open up a business, get involve in share dealings, music etc.. Very popular with sense of humor ,you are the one your friends and families

will always ask for help, and you are the one actually get money on credit and help your friends. You will have more than 1 relationship, but when u

get settle down you will be a bit selfish anyway. Coz your other half will have a pretty good amount of control in you, be careful! You tend to go for

other relationships! Contacts even you are married at times 'coz your popularity..

You are someone who get along with anyone coz the number 5 is the middle number.. Changes & freedom lovers you are! You are an explorer with magic

on your face. You learn your life through experience and it's your best teacher!!!

Your best match 1 ,2 ,9. Good match 6 ,8 !!!


Number 6

Ooopppss..you are born to enjoy.. You don't care about others. I mean you are always want to enjoy your life time, you are a person.. You will be very

good in either education or work wise or business management! You are talented, kind (but with only people who you think are nice), very beautiful girls

and guys, popular and more than lucky with anything in your lives. All the goodness does come with you. Your mind and body is just made perfect for

love.

You are lovable by any other numbers. But if you are a number 6 man, you will experience kind of looks from most girls and will involve in more than

few relationships until you get married. If you are girl, most of you will get marry/engaged early. You are a caring person towards your family &

friends . If you miss the half-way mark then you are about to suffer physically and mentally. Generally you will lead a very good inner-home happiness

with nothing short of. You are a person of compassion, comfort & fairness, domestic responsibility, good judgment, and after all you can heal this

world wounds to make peace for every life coz you have the great power of caring talent to make this world of love one step further...

Your best match 1, 6, 9. Good match 4, 5 !!!

Number 7

You have got the attraction to anyone out there, you are realistic, very confident, happy, such a talented individual with your education, music, arts,

singing, and most importantly acting too. You have real problems with bad temper! If you are a girl, you are popular with the subjects listed above.

You give up things for your parents. I mean you value your family status a lot, you will be in the top rank when you reach a certain age. If you are a

guy you are popular with girls, you are a very talented too. Most of the number 7s face lots of problems with their marriage life.

Only a very few are happy. You have everything in your life, but still always number 7s have some sort of unfullfilness, such worries all their lifetime.

It's probably the Lord given you all sort of over the standard humans talents and you are about to suffer in family life. So you need to get ready

looking for a partner rather than waiting. If you don't, then you might end-up single. So take care with this issue,
ok?

You are wonderful, friendly, artistic, happy person.. You are born to contribute lots to this world!!!

Your best match is 2. Good matches are 1,4 !!!


Number 8

You are a very strong personality, there's no one out there will understand you. You are very good at pointing your finger at some thing and say "this is

what".
You are more likely to suffer from the early ages. I mean poverty. If your times are not good you might lose either of your parent and end up looking

after your entire family. You often suffer all the way in life.

The problems will not allow you to study further, but you will learn the life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may

die in the war too. You are normally very reserved with handful of friends and most of the time live life lonely and always prepared to help others.

Well. once you get married (which is often late) then your bad lucks will go away a bit and you! u become safe. You will face un-expected problems

such as : the error, government, poisonous animals, accidents.

You are some one with great discipline, persistence, courage, strength which will take you to success. You are a great part of a family team. You are a

fighter!

Your Best match 1 ,4, 8. Good match 5 !!!

Number 9

Hey...you guys are the incompatibles people in the world. You are so strong, physically and mentally... You are often have big-aims. You will work hard

and hard to get there. Normally you suffer in the early age from family problems and generally you will have fighting life.. But when you achieve what

you have done, it's always a big task you have done! You are so much respected in the community, you are a person who can make a challenge and

successfully finish the matter off.

You are very naughty in your younger age, often beaten up by your parents and involve in fights and you seemed to have lots of injuries in your life

time. But when u grow you become calm and macho type.

Love is not an easy matter for you. You are good in engineering or banking jobs coz people always trust you.

Your family life is very good, but will have worries over your children.

Your such qualities are humanitarian, patient, very wise & compassionate.

You are born to achieve targets and serve every one all equally without any prejudice.

You are totally a role model to anybody in the world for a great inspiration.

Your Best match 3, 5, 6, 9. Good match 2

Tuesday, February 26, 2013

Appreciate Before It's To Late

Fight Cancer


"10000 times stronger killer of CANCER than Chemo".. do share it.. can save many lives, fill up hopes and build confidence in the patients... The Sour Sop or the fruit from the graviola tree is a miraculous natural cancer cell killer 10,000 times stronger than Chemo. Why are we not aware of this? Its because some big corporation want to make back their money spent on years of research by trying to make a synthetic version of it for sale. So, since you know it now you can help a friend in need by letting him know or just drink some sour sop juice yourself as prevention from time to time. The taste is not bad after all. It’s completely natural and definitely has no side effects. If you have the space, plant one in your garden. The other parts of the tree are also useful. The next time you have a fruit juice, ask for a sour sop. How many people died in vain while this billion-dollar drug maker concealed the secret of the miraculous Graviola tree? This tree is low and is called graviola ! in Brazi l, guanabana in Spanish and has the uninspiring name “soursop” in English. The fruit is very large and the subacid sweet white pulp is eaten out of hand or, more commonly, used to make fruit drinks, sherbets and such. The principal interest in this plant is because of its strong anti-cancer effects. Although it is effective for a number of medical conditions, it is its anti tumor effect that is of most interest. This plant is a proven cancer remedy for cancers of all types. Besides being a cancer remedy, graviola is a broad spectrum antimicrobial agent for both bacterial and fungal infections, is effective against internal parasites and worms, lowers high blood pressure and is used for depression, stress and nervous disorders. If there ever was a single example that makes it dramatically clear why the existence of Health Sciences Institute is so vital to Americans like you, it’s the incredible story behind the Graviola tree.. The truth is stunningly simple: Deep within the Amazon Rainforest grows a tree that could literally revolutionize what you, your doctor, and the rest of the world thinks about cancer treatment and chances of survival. The future has never looked more promising. Research shows that with extracts from this miraculous tree it now may be possible to: * Attack cancer safely and effectively with an all-natural therapy that does not cause extreme nausea, weight loss and hair loss * Protect your immune system and avoid deadly infections * Feel stronger and healthier throughout the course of the treatment * Boost your energy and improve your outlook on life The source of this information is just as stunning: It comes from one of America ‘s largest drug manufacturers, th! e fruit of over 20 laboratory tests conducted since the 1970's! What those tests revealed was nothing short of mind numbing… Extracts from the tree were shown to: * Effectively target and kill malignant cells in 12 types of cancer, including colon, breast, prostate, lung and pancreatic cancer.. * The tree compounds proved to be up to 10,000 times stronger in slowing the growth of cancer cells than Adriamycin, a commonly used chemotherapeutic drug! * What’s more, unlike chemotherapy, the compound extracted from the Graviola tree selectivelyhunts down and kills only cancer cells.. It does not harm healthy cells! The amazing anti-cancer properties of the Graviola tree have been extensively researched–so why haven’t you heard anything about it? If Graviola extract is One of America ‘s biggest billion-dollar drug makers began a search for a cancer cure and their research centered on Graviola, a legendary healing tree from the Amazon Rainforest. Various parts of the Graviola tree–including the bark, leaves, roots, fruit and fruit-seeds–have been used for centuries by medicine men and native Indi! ans in S outh America to treat heart disease, asthma, liver problems and arthritis. Going on very little documented scientific evidence, the company poured money and resources into testing the tree’s anti-cancerous properties–and were shocked by the results. Graviola proved itself to be a cancer-killing dynamo. But that’s where the Graviola story nearly ended. The company had one huge problem with the Graviola tree–it’s completely natural, and so, under federal law, not patentable. There’s no way to make serious profits from it. It turns out the drug company invested nearly seven years trying to synthesize two of the Graviola tree’s most powerful anti-cancer ingredients. If they could isolate and produce man-made clones of what makes the Graviola so potent, they’d be able to patent it and make their money back. Alas, they hit a brick wall. The original simply could not be replicated. There was no way the company could protect its profits–or even make back the millions it poured into research. As the dream of huge profits evaporated, their testing on Graviola came to a screeching halt. Even worse, the company shelved the entire project and chose not to publish the findings of its research! Luckily, however, there was one scientist from the Graviola research team whose conscience wouldn’t let him see such atrocity committed. Risking his career, he contacted a company that’s dedicated to harvesting medical plants from the Amazon Rainforest and blew the whistle. Miracle unleashed When researchers at the Health Sciences Institute were alerted to the news of Graviola,! they be gan tracking the research done on the cancer-killing tree. Evidence of the astounding effectiveness of Graviola–and its shocking cover-up–came in fast and furious…. ….The National Cancer Institute performed the first scientific research in 1976. The results showed that Graviola’s “leaves and stems were found effective in attacking and destroying malignant cells.” Inexplicably, the results were published in an internal report and never released to the public… ….Since 1976, Graviola has proven to be an immensely potent cancer killer in 20 independent laboratory tests, yet no double-blind clinical trials–the typical benchmark mainstream doctors and journals use to judge a treatment’s value–were ever initiated…. ….A study published in the Journal of Natural Products, following a recent study conducted at Catholic University of South Korea stated that one chemical in Graviola was found to selectively kill colon cancer cells at “10,000 times the potency of (the commonly used chemotherapy drug) Adriamycin…” ….The most significant part of the Catholic University of South Korea report is that Graviola was shown to selectively target the cancer cells, leaving healthy cells untouched. Unlike chemotherapy, which indiscriminately targets all actively reproducing cells (such as stomach and hair cells), causing the often devastating side effects of nausea and hair loss in cancer patients. …A study at Purdue University recently found that leaves from the Graviola tree killed cancer cells among six human cell lines and were especially effective against prostate, pancreatic and lung cancers Seven years of silence broken–it’s finally here!"

Saturday, February 23, 2013

Pesanan Buat Suami

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah 1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.. 4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. 5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. 7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. 8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja. 9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? 11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. 13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. 14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. 16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. 17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat? 18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak? 19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. 20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. 21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. 22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali 23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, February 12, 2013

Doa Untuk Suami Isteri Saling Kasih Mengasihi

اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491) Amalan: Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.