Insan Yg Mulia Hatinya Adalah Yg Selalu Mengingatkan Antara Satu Sama Yg Lain.....
Monday, December 31, 2012
Al-Mawleed
Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my
AL-MAWLEED dianggotai (dari kiri), Lah VE, Taj Innuendo, Pot Innuendo, Azan Ruffedge, Zaf VE, Mode Ruffedge dan Amer Ruffedge. PENGHIJRAHAN bekas ahli kumpulan Ruffedge, Amer Munawer Yusoff kepada seorang pendakwah bebas menerusi penghasilan lagu-lagu berbentuk kerohanian diterima positif segenap pihak. Malah, perubahan lelaki berusia 34 tahun itu turut memberi impak kepada rakan-rakan artis lain yang kini selesa duduk bersama Amer mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri dengan Allah. Bermula dengan mengikuti kelas agama dan menyertai beberapa majlis berbentuk keagamaan telah membuka satu dimensi baharu buat tujuh anak seni yang kini menjadi ahli kumpulan Al-Mawleed. Apa yang menarik, Al-Mawleed dianggotai bekas anggota tiga kumpulan penyanyi urban terkenal suatu ketika itu iaitu Ruffedge, VE dan Innuendo. Penglibatan Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir (Taj Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge), Syed Mohammad Syed Abdullah (Mode Ruffedge) dan Amer sendiri menjadikan Al-Mawleed satu gabungan unik dan mantap. Bercakap bagi pihak Al-Mawleed, Pot memberitahu Al-Mawleed sebenarnya diasaskan daripada komuniti yang diwujudkan Amer yang banyak menganjurkan majlis-majlis selawat di masjid-masjid. “Al-Mawleed dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai komuniti ini dan kami hanya bertindak sebagai duta sahaja bagi menyampaikan maklumat berkenaan aktiviti yang komuniti kami jalankan. “Kami telah merakamkan sebuah lagu berjudul Belaian Jiwa 1432 tetapi kami tidak mempunyai sebarang perancangan bagi merakamkan album di bawah nama Al-Mawleed. “Lagu tersebut hanya akan dimuatkan di dalam album baharu saya, album Amer dan juga album Lah. Jadi orang ramai boleh memilih untuk membeli antara tiga album itu,” jelas Pot yang kini merupakan ahli kepada grup Rosin. Kewujudan Al-Mawleed merupakan satu antara wadah bagi menarik lebih ramai anak muda menyertai komuniti mereka serta mengikuti kelas keagamaan yang diadakan setiap hari Jumaat (selepas solat Isyak) di surau Al-Hidayah, Keramat AU3. Walaupun kini aktif dengan aktiviti dakwah, Pot tidak merasakan ia satu sekatan buat dirinya dan ahli yang lain meneruskan aktiviti seni lain seperti biasa. “Kebanyakan daripada kami masih mempunyai kerjaya dalam grup masing-masing dan ada juga yang bergerak secara solo, jadi kami masih aktif dengan muzik seperti dahulu. “Cuma kami akan mengosongkan segala aktiviti seni menjelang hari Jumaat bagi memberi ruang untuk kami semua berkumpul dan menumpukan kepada komuniti kami,” ujar Pot.

Tuesday, December 18, 2012
Monday, December 17, 2012
Thursday, December 13, 2012
Andai
Andai HATI ingin MENANGIS...
MenangisLAH dengan TANGISAN kepada DOSA dan NODA yang telah dilakukan....
Andai ingin SABAR...
Sabarlah dengan KESABARAN kepada segala takdir yang telah DIA tentukan...
Andai ingin DIAM...
Diamlah dengan DIAM kepada perkara yang boleh MENSIA-SIAKAN dan membinasakan....
Andai ingin MARAH...
Marahlah dengan KEMARAHAN kepada mereka yang MEMPERSENDAKAN agama ALLAH....! ♥
Rahsia Solat Di Awal Waktu
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)