Ketika lamunan indah datang,
Mencelah kicauan burung-burung;
Yang sebagai menyanyikan lagu merdu
Mengiringi suasana dingin malam.
Kalbu menjadi terhibur seketika,
Indah terasa bagai didalam syurga
Milik kita tanpa batas tanpa lara
Insan merantai naluri rindu.
Kekadang terasa mahu terus maju,
Melangkah tanpa mahu menoleh,
Namun tidak semudah itu
Tidak segagah itu...
Lamunan hanya terus kaku,
Jiwa terus hanyut membisu
Hati menjadi sekeras batu
Perasaan yg makin bundar
Hanya kaki yg terus melangkah
Tanpa arah tanda tuju
Jasad hilang pengangan
Tubuh menjadi longlai...
Namun nyawa masih ada,
Jiwa kosong tanpa rasa
kata hilang tanpa bicara
Bibir tertutup rapat
Nota tidak berdakwat
Sepi itu kekadang Indah
Bila mana kita tahu
Apa erti kebenaranya....
Hasil Karya:
MawarJinggaBerduri © 2010
2 August 2010