Thursday, October 4, 2012

Wanita & Aurat


Ramai kaum wanita yang berkata bahawa susah menjadi wanita,lihat saja aturan-aturan dibawah ini :

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2.Wanita perlu minta izin dari suami apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3.Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4.Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.

5.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

6.Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya.

7.Talak terletak di tangan suami dan bukan istri.

8.Wanita kurang nyaman dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas.


Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT KENYATAANNYA ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya denganseorang wanita.

2. Wanita perlu taat kepada suami,tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada Bapaknya ?

3. Wanita menerima wasiat lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima wasiat ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal kerana bersalin adalah syahid dan syurga ganjarannya.

Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita,yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya , bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, iaitu : suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga Kehormatannya.

6.Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah,sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT,maka meraka akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah… ! Demikian sayangnya ALLAH SWT kepada wanita…..

Yakinlah bertapa mulianya Sang Maha Pencipta sesungguhnya Allah Maha Tahu akan segala yang diciptakan-Nya sehingga peraturan-Nya adalah yang terbaik bagi umat manusia.