Mutiara dari Kitab Ihya Ulumuddin, karangan Imam Ghazali; Bab Latihan Jiwa, Tahdzibul Akhlak dan Pengubatan Penyakit Hati. Tajuk: Jalan memperkenalkan Manusia akan Kekurangan Diri.
Majoriti makhluk tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, mereka lebih sibuk bercerita tentang debu di mata saudaranya dari melihat binatang berbisa melintas di hadapan mata sendiri. Pepatah melayu "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".
Zahirnya.. akhlak buruk (jahat) itu seperti ular binatang berbisa, jika ada seseorang memberitahu bahawa dalam kain kita tampak ular, sudah tentu ia menjadi rahmat kerana tegurannya menyelamatkan nyawa, terus berikhtiar serta bertindak menjauhi atau membunuhnya.
tetapi akhlak buruk dalam hati lebih kejam dan patut ditakuti, malangnya tak ramai menyedari dan menyukai akan teguran, mudah panas telinga hingga terlupa hikmah istimewa (peluang) mendidik hati, jika sombong ini berterusan.. ditambah tegar berlarutan, pasti dibawanya sesudah mati yakni dilubuk ribuan manusia berabad lama.
Mengapa sedemikian? kerana sepanjang hayat.. emosi sibuk bermusuhan dengan orang yang menegur tanpa ambil manfaat akan nasihatnya, maka bertambahlah kesesatan hati yang menghasilkan segunung dosa, pincang arah tujuan hidup serta lengkaplah 'petanda' jelas kelemahan sesebuah iman.
- moga kesempatan yang kecil menjadi permulaan kepada usaha yang besar.. InshAllah.