Thursday, August 9, 2012

Lailatul Qadar

Apakah Dasar Keimanan Tentang Lailatul Qadr?
Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa
setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang
setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.
3. Para Malaikat dan ruh diturunkan pada malam tersebut.
4.  Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).
5.  Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa.
6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas kecuali khabar-khabar angin
semata.

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?


Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t.. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah
mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingakat kesedaran yang tinggi serta
momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam
amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang mukmin
melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga
pagi.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?



Ia adalah malam yang cukup istimewa yang tidak kedapatan pada mana-mana malam.
Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah,
membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdoa. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a.
berkata:

`Ya Rasulullah bagaimana kalau saya bertemu Lailatul Qadar? Apa yang harus saya
ucapkan pada malam itu?'' Baginda bersabda: Ucapkanlah: ``Ya Allah kami bermohon
pada-Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni (hambahamba-Mu), maka ampunilah (dosa-dosa) kami.'' (Riwayat Tirmizi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).


Doa lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud: Wahai Tuhan kami,
anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan
peliharalah kami dan siksa neraka (QS Al-Baqarah [2]: 201).